Kawan
Jangan kau datang sekadar singgah
Jangan kau gunakan aku mengisi kebosanan kau
Menabur ayat-ayat yang kau katakan jujur
Tanpa kau sedari ianya melekat dalam hatiku
Andainya kau tahu aku masih mencari
Mencari siapa sebenarnya aku
Yang kadang kala jauh terpesong
Hanyut dalam setiap apa yang aku lalui
Aku tahu hadirnya kau
Bukanlah satu kebetulan
Sememangnya telah diaturkan
Tidak perlu aku sesali
Cukuplah memberi harapan
Cukuplah katakan aku memilih
Cukuplah persoalkan apa yang aku lakukan
Cukuplah mengadili aku
Aku harungi hari hariku
Aku jalani kehidupanku
Aku syukuri apa kelilingku
Kerana aku tahu ianya masih rahsia
No comments:
Post a Comment