Hari pertama (21/1)
-Perjalanan punyalah lama.dr pukul 8.30am dr kl smpai perak kul 4 ptg sbb jam.PENAT
-Sampai je kitaorg kne pecah2 ikot group masing2..pastu kne serahkan handphone ngan duit n makanan.
-Malamnya tdo tanpa aktiviti lagi.
Hari ke2 (22/1)
-pagi2 kene bgun awal n pg joging and lepas tu blaja tgok kompas.
-Breakfast n lepas tu kne testing masuk utan tanpa beban,cuma bawak air je.
-Lunch and petang blaja how to kayak.
-Seumur hidup sy,sy xpernah kayak.Damn!
-Malam kene packing tuk kayak esok sbb pg kayak kne tdo kat pulau syawal.
Hari ke 3 (23/1)
-kayak satu hari.dari kul 8 smpai lunch.keliling pulau pangkor.after lunch kayak lagi.smpai lah satu tahap tu sy mabuk laut.mmg weng kepala otak ni.sy muntah.kesian partner sy,kene tahan tgok sy muntah n kayak sensorang.sy nagis masa muntah.xtahan.dh mmg nk giveup rasanya.2 kali sy muntah.mmg worst ever.sy xpernah kayak n first time kayak smpai 8 jam buat sy gila!muntah2 n menagis2,teruk!
-sampai je tepi pantai kne buat khemah n masak n makan.toilet xder.ada air perigi je.mkn masak sndri n xsedap.nasib baik ada kawan2,buat rasa happy.
Hari ke 4(24/1)
-balik ke kem dengan berkayak balik.kali ni sy ok sikit.sbb kayak 2 jam je.tp tahan nk buang air besar.hehe.xder toilet masa kat pulau syawal tu.terseksa betul.
-petang lepas balik dr kayak,kene g pulau pangkor lak.tdo kat khemah lagi,untuk jungle trekking esoknya.masak sendiri n nasib baik ada toilet.
Hari ke 5 (25/1)
-trekking dgn bawak beg besar n berat.berat gile.naik 2 puncak dr pagi smpai petang.xlarat sgt.smpai je dekat kem tdo dlm khemah n masak lg sendiri.kne gigit dgn pacat sekor dekat jari.
Hari ke 6 (26/1)
-sambung trekking balik tuk balik ke kem.naik puncak bukit pangkor.serius xlarat nk naik dh.masa sikit lg nk naik,bdk laki tlg angkat beg.nasib baik diorang baik hati btl.masa turun bukit ok la xder r penat sgt2.
-Bila dh smpai kaki bukit,balik ke kem semula naik boat.malamnya ada BBQ N persembahan.
Hari ke 7 (27/1)
- Akhirnya kitorang berjaya dapatkan sijil.penat mmg penat tp akhirnya berbaloi.then terus balik kl.
Apa yg sy dapat masa OBM?
1)Sy tersedar masa sy nk solat,that time hanphone semua kne amik,dan sy tau hubungan sy dgn org lain,family nn kwn2 terputus habis tanpa hp n internet,yg kekal abadi hanyalah Allah.
2)Teamwork,masa semua dlm kedaan buntu bila kita fikirkan tentang kawan2 kita yg masih perlukan semangat n kita,kita tetap mahu meneruskan tanpa putus asa.
3)Kita boleh kenal byk perangai org lain mana yg pentingkan diri n mcm2 bila kedaan dah terdesak.
4)Aku xsangka yg aku mampu lakukan apa yg aku rasa aku xmmpu,apa yg penting jgn pernah berputus asa,mental yg utama,perlu kuat.
5)Orang yg kita ingt dlm hutan tu lah org yg kita mmg perlukan dlm hidup kita---->family
6)Hadiah
-->muka sunburn terukkkk.itam n mengelupas tambah dgn jerawat..iishhh frust!
--> Parut kat kaki,kaki gatal2 kene apa ntah.abis tompok2...frust!
6)Hadiah
-->muka sunburn terukkkk.itam n mengelupas tambah dgn jerawat..iishhh frust!
--> Parut kat kaki,kaki gatal2 kene apa ntah.abis tompok2...frust!
7)Last,xperlu marah pacat,sbb kita yg ceroboh tempat die..hehe

No comments:
Post a Comment