Cause when its hurts
I'll put you first
That's how i work
Do anything to make sure your world turns
While my world burns
I never learn
Cause when its hurts
I'll put you first
That's how i work
Do anything to make sure your world turns
While my world burns
I never learn
Harini, i rasa nak menulis.
Sebenarnya dalam galau, sedih, rapuh, lemah dan sewaktunya yg ada pada i...ada juga yang happy dlm hidup i.
Ok lah i start before covid.
I kenal sorang lelaki ni, selalu keluar dgn dia.tp xde apa yang berlaku.i layan sekadar kawan ajak minum.tp akhirnya dia yang jatuh hati pada i.Dia masak untuk i n hantar bagi i, ajak i keluar, ambil i lepas i outstation kat kl sentral sbb i dr airport. The best part was.. dia buat lagu untuk i..ada music skali.sweet kan.tp tula, laki org kot..gile.masa tu i selfish je.sekadar nk habiskan masa i yg byk free je tanpa ada niat.tp masa ni sy masih ingat la pada Kamal yg hilang selepas bertahun2 kan.
Lps tu i decided untuk smbung blaja ambil Master in Business Admin 2017/2018 sampai 20219/2020. Tujuan i masa tu utk cari jodoh..tp.. apa yang i dapat adalah kurang bodoh la..busy gile,xde masa nak fikir ttg hati..2 tahun i without anyone.Tp masa final sem kot..i terjumpa Kamal balik.dia bagtahu kenapa dia diam n xlayan i dulu sbb dia di diagnos sebagai lelaki yang tanpa sperma.What theeee f.. kan?i cant brain sbb tu je?knp x bgtahu je i awal2? lps tu i kawan dgn dia skejap..tp lama2 i rasa..dia xberubah..sama je.jadi i rasa i patut teruskan je hilang dia.
Dalam masa i ambil MBA tu juga i dpt naik pangkat ,tahun 2020 kot,lupa.Tp utk confirm, i kene ambil satu certification ni.i pergi ambil exam n ya i failed.i xbaca apa.sbb busy dgn assignment MBA,akhirnya i failed certificate tu..tp i dpt la naik pangkat dgn jayanya sbb dah cuba kan..haha
Lepas abis blaja ngam2, akhirnya i berjaya habiskan MBA i..ok sumpah rasa mcm gile.i xnak kembali pada masa tu.susah,penat n otak xboleh fikir benda lain.haha.nice kan.sempat la pergi bercuti dgn kawan2 ke Hatyai,then lps tu covid n kene kuarantin.
Masa dlm covid ni la i chatting n jumpa Duncan dlm Feb/March 2021. i mula suka dia.dia bagi i kucing yg namanya VINO, dia yang bagi nama tu.first time i nak bela kucing, u bygkan.. i buat research,cari semua maklumat n bila dah ready dgn semua yang i patut tahu contohnya ttg vaksin, umur,kasi, makan, minum, ubat, clinic, semua i dah tahu.. baru i ready utk ambil vino. yela pengaruh study byk buat research.haha.Lps ambil vino, i jadi manusia plg happy kat dunia ni, i anggap vino adik i.i syg vino sgt2.
Lps tu i masih kawan dgn Duncan. i makin lama makin suka kan dia...Tp i xsdr yg semua tu tentang kucing je. Lepas tu Duncan mintak tlg i jaga Luna,mak Vino sbb mak Duncan xsuka kucing.so i ambil jaga Luna tu.so kisah i dgn dia hanyalah tentang Vino n Luna.Duncan akan tlg i jaga Kucing i bila i outstation.
Dalam galau2 i, 2023 i lepas interview n dapat certified as Ts. dr MBOT. Happy. Tp pada 2 Sep 2023, arwah ayah i meninggal. Ya i sedih,seminggu i cuti uruskan apa yg patut.Now ya i rindu ayah i.
Lepas dr pada tu.. i mcm biasa, kerja, jaga Vino n Luna n masih sygkan Duncan yang layan i bila dia rasa nak layan. Ya i sedih., bila xdpt apa kita nak kan..tp sbb xde siapa pun yg i cari dlm hidup i.. i ttplah layan dia.Xde sesiapa lah yg blh dijadikan potential future ke apa.
I ni walaupun balik rumah i bergalau, tp keluar dr rumah ni.. i normal.masih kerja, ada sibling n ibu yang i masih perlukan.
2023 tu i beli rumah utk mak i.sbb xnak mak stay kat madrasah.haha.sepatutnya mak i duduk dgn kakak, tp mak xnak.so asik pergi madrasah..i jadi susah bila balik kg mak xde kt rumah.ahkirnya i decided utk belikan rumah (Hutang bank ok) utk mak stay. Alhamdulillah betapa dipermudahkan nye urusan belian tu.skejap je dh dpt masuk.dekat la juga rumah tu dgn kakak.surprise utk mak..i rasa sgt happy.
Ya dalam happy2 dunia luar rumah i, balik rumah, i akan galau balik..fikir siapa jodoh i..tp tula org ckp..malam2 je fikir,siang jalanilah hidupmu seperi biasa.haha
Kat tempat kerja i ok je.xde masalah, keluarga ok je,gaji i pun cukup.xde apa yg berat dlm hidup seharian ni.Alhamdulillah..tp yela..soal jodoh i berat.I pun xtahu apa perlu buat lg.hehe.tp i ok je walau malam tu tetaplah bergalau.haha
Awal tahun 2025 i kene tanggung tugas bos i sbb dia pergi attachment. Masa ni bygkan i sibuk dgn rumah nk reno, hati yg sgt sedih dgn layanan Duncan dan kerja yg serabut. I btl2 stress out.Tp tetaplah selesaikan jugak sampai habis.
August 2025 i pindah rumah baru,i beli dah lama sebelum rumah mak i lg..akhirnya siap.so i pindah.Masa ni i decided utk cantikkan rumah. I hired Duncan, contractor utk merelisasikan impian..n adik i sebagai ID. Selepas beberapa siri hampir give up,sedih, penat dgn Duncan yg take for granted all the thing about me..i akhirnya bejaya pindah dgn hati yang happy.
Ya Duncan buat kerja bagus even lambat n xnak dtg tgok rumah lepas siap..dan akhirnya i tutup terus pintu rumah i untuk dia dtg tengok.
Hakikat harini, i rasa kene stop dgn Duncan, semua dah selesai renovation.Dia yg xnak masuk betul2 dalam hidup i kan sampaikan closing kerja pun xnak buat.I dah cuba usaha utk dia serious dgn i.tp xdpt,so okla..i dah give up. 28/10 i stop text dia smpai harini.Baru 25 hari.hahaha
So utk next year, i plan utk ambil certificate yang i pernah gagal dulu. I kene ingat...segalau mana pun i dimalam hari, tetaplah kene fikir masa depan sendiri..kerana demi mak i, vino n luna..i kene kekal WARAS ok.haha
Okla dah penat type.i yang dah makin tua.haha
Harini selepas beberapa tahun i datang..datang menulis dgn hati yg sedih.
I masih suka dan sygkan DC.sedangkan dah 4 tahun lebih im hurting.
Bila i dtg sini..i baru sedar yg i dah lama sedih dgn relationship ni.
Actually dia cina,dia kristian.untuk berjodohan tu mmg xmungkin terjadi.i dah cuba banyak kali delete n ignore dia..tp saat i diam n xrespon..waktu tu lah dia akan datang.ajak keliar.chat baik2.dan akhirnya dia tarik i balik ulang cycle yg sama sampai i xsedar dah nak dekat 5 tahun.
Hakikatnya,dia xutamakan i.dia reply i ye btl..tp ada juga masanya dia ignore i.setiap kali keluar,dia xnak makan dgn i.nak minum je.and i yg bayar.mula2 i rasa i xkisah sbb harga nye xbesar.tp lama2 i rasa xkene.
lepas tu,bila nak jumpa..i akan seolah2 merayu..merajuk untuk ajak dia jumpa.dia slalu mengelak.i frust tp i ttp lah bertahan n sabar.
lepas tu,i pindah rumah baru.i hire dia as my contractor renovation i.ya dia buat kerja cantik.actually dia mcm org tengah je la.tp i geram sbb slow dan bila nk closing dia xdtg pun tgok rumah i.now dah 3 bulan since then.
Bila birthday i..dia wish i jam 5 ptg with sticker..i frust n marah dia..merajuk..then dia ikot apa i nak.ajak i keluar n belikan i kek.mtu pun selepas 3 hari..masa ni..i baru start rasa dia layan i at very bare minimum.
then birthday dia pulak..i wish dia jam 5 ptg..dia relaks,siap ckp tq lagi.mcm xmrh pun i wish dia lambat.i pergi hantar hadiah dia kt rumah dia tanpa jumpa dia.dia start calling me syg coz dpt hadiah tu.waktu ni i dpt lg rasakan..he really make me confuse dan sahl lah dia xsyg i btl2.
dia pernah ckp dia hanya suka i sebagai kawan..cuma i..i yg xboleh terima n cuba put effort n usaha utk dia suka i balik.akhirnya dah jadi almost 5 tahun i bertahan.gila kan
Now i baru start utk ignore dia balik.i dah start rasa penat dilayan baik bila saat i merajuk je.i penat utk ulang cycle bodoh tu lg.tiba2 harini dia contact i ajak keluar.i rasa dia mcm cuba tarik i balik dlm hubungan tanpa arah tujuan ni.
Ya i rasa sakit.tp dlm pada masa yg sama..i rasa tercabar..sbb dia xnak dekat i...jadi i rasa i kene dptkan dia jugak.bila i fikir balik..i sebenarnya psyko kot.haha.dia pulak mengambil kesempatan.dalam xsuka i..ttp juga dia melayan.
jadi harini i luah..i harap..i masih kekal seperti harini..menolak ajakan dia utk jumpa.dan moga hubungan ni terus terputus dan perasaan i hilang 100% pada dia.i yakin i blh je hilang perasaan ni..i cuma kene waras.haha.sbb ni bkn kali pertama i dlm relationship yg bodoh mcm ni.
Mgkin sbb i suka cabaran.jadi i masih sabar n bertahan tanpa i sedar..i sedang lukakan hati i sendiri.walaupun dlm masa yg sama..i masih mencari yg betul juga.
Jadi kepada dc,kucing dia bagi ni hakikatnya adalah milik i dah.xpayah i rasa bersalah sgt. I cuma harap 1 je..semoga i hilang perasaan pada u..dah xhairan bila nampak u..dan yg plg penting..semoga perasaan u pada i yg sikit tu tetap sama sampai bila2..biar u yg xboleh lupakan i pulak.haha.
Moga i kuat hati..seperti hati i dah hilang pada kamal, am, hazri..eh ramai juga kan i dh berjaya hilang interest..haha.Caiyok!!