Thursday, March 29, 2012

Kerana aku terlalu menyayanginya...

Dengan apa yang ku lakukan
Dengan apa yang telah berlaku keatasku
Dengan apa jalan yang ku pilih
Jangan pernah meletakkan kesalahanku keatas 'nya'

Dengan apa nasihat yang 'dia' berikan
Dengan apa pilihan yang 'dia' berikan
Dengan apa keputusan yang 'dia' berikan
Tidak akan pernah salah dimataku

Dengan setiap langkahku
Dengan setiap perbuatanku
Dengan segenap pemikiranku
Jiwaku dibayangi semangat 'nya'

Andai aku bersalah
Andai aku terlupa
Andai aku tersasar
Salahkan diriku saja

Jalan hidup yang kupilih sendiri
samada baik atau buruk
Jangan pernah menyalahkan abah
Kerana didikannya terlalu sempurna dimataku


Erm...i just can't live without him!




Wednesday, March 14, 2012

Peace

Teguhkan hatimu
Ringankan pemikiranmu
Seperti yang kau tahu
Masa pahit akan berlalu
Berlalu seperti selalu